Pengangkutan                                                        

 

Melalui jalan raya

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Kedah akan mengambil masa selama 6 hingga 7 jam
manakala 8 jam dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis. Bagi mereka yang menggunakan kenderaan sendiri, tempat letak kereta untuk pelancong disediakan di Kuala Kedah dan Kuala Perlis. Selepas itu bolehlah mengambil feri ekspres ke Langkawi dan apabila tiba
disini, pengangkutan seperti bas, teksi dan kereta sewa tersedia di Jeti Kuah.



Melalui Udara

Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di Padang Mat Sirat terletak 20 kilometer dari Pekan Kuah dan 14 kilometer dari rumah peranginan tepi pantai di Pantai Cenang. MAS dan Pelangi Air menjalankan perkhidmatan harian dari Kuala Lumpur ke Langkawi secara terus atau melalui Pulau Pinang.

Untuk tempahan, sila hubungi :

MAS, Tel: (603)-7463000
Pelangi Air, Tel: (603)-7465524/7703405




Melalui Keretapi

Keratapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan perkhidmatan yang selesa serta murah dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Kedah dan Arau, Perlis. Dari Alor Setar atau Arau mereka bolehlah mengambil bas atau teksi ke Kuala Kedah atau Kuala Perlis dan dari situ.Perkhidmatan feri ke Langkawi telah disediakan.

Untuk tempahan sila hubungi :

KTMB, Tel: (603)-2747435



Melalui Feri

Perkhidmatan feri berjadual dari Tanah Besar (Kuala Kedah dan Kuala Perlis) ke Jeti Kuah di
Langkawi ada disediakan.

Untuk tempahan sila hubungi :

Langkawi Ferry Service Sdn Bhd (Kuala Kedah) - Tel: (604)-7621201, Fax :
(604)-7623341
Samavest Sdn Bhd - Tel: (604)-9854440
Kuala Perlis-Langkawi Ferry Service (Kuala Perlis) - Tel: (604)-9854406
LADA LGK Holding Ferry Service - Tel: (604)-9855823, 9668823,7623823